• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arca Watak Lat Suntik Ceria, Humor Imej KL

oleh
26/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu kota Malaysia perlu mengekalkan status sebagai bandar raya destinasi utama pelancong dengan keutamaan bukan sahaja keselesaan dan keselamatan tetapi memberi kenangan manis dan positif.

Justeru, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata usaha pemasangan arca karakter kartun kartunis terkenal Datuk Mohd. Nor Khalid atau Lat akan dapat memberi suntikan keceriaan dan humor kepada bandar raya Kuala Lumpur.

“Berdasarkan kajian secara psikologinya manusia memerlukan sedikit suntikan rasa humor, ketawa, santai, seni dan kreatif bagi mengubati tekanan atau stress dalam menjalani urusan kehidupan seharian terutama apabila berada di tengah kehidupan kota yang sibuk.

“Adalah diharapkan warga kota Kuala Lumpur sama ada yang berjalan kaki atau yang pemandu kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas akan dapat merasa terhibur ketika melalui di sepanjang jalan berkenaan,” kata Tengku Adnan lagi.

lat1

lat2

Beliau menyatakan demikian di dalam ucapannya ketika merasmikan Arca Karakter Kartun Lat di Laluan Jejak Warisan 2 di Kuala Lumpur pada Khamis. Turut hadir ialah Datuk Bandar, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan kartunis tersohor Lat itu sendiri iaitu Datuk Lat.

Terdapat 22 karakter yang sinonim dan sering kali muncul menerusi dalam komik kartun Lat dipilih untuk menjadi perintis hiasan landskap tersebut di sepanjang Jalan Melaka, Jalan Gereja dan sebahagian Jalan Raja Chulan yang terletak di pusat bandar raya.

Arca watak kartun yang disediakan oleh kontraktor Tetuan Scupltureartwork (M) Sdn. Bhd. itu, turut diletakkan di 11 lokasi ditetapkan serta dimaklumkan menerusi Pelan Lokasi di atas Papan Panel Maklumat di Jalan Melaka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: arcakartunLat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

“Bila Saya Melukis, Saya Lukis Semua Orang” – Lat

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nama Lat sinonim dengan dunia kartun negara ini dan beliau juga ikon keharmonian kaum di Malaysia kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd