• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih 4 dan risalah berkaitan perhimpunan Bersih adalah tidak munasabah.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga anggota, mengeluarkan perintah certiorari untuk membatalkan perintah menteri berkenaan.

Panel, yang turut dianggotai Hakim-hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Asmabi Mohamad membenarkan rayuan dikemukakan oleh pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah dan dua yang lain untuk mengubah perintah Mahkamah Tinggi itu.

Pada 19 Feb tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan Maria, Masjaliza Hamzah dan Fadiah Nadwa Fikri bagi membatalkan perintah itu.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata perintah itu (mengharamkan kemeja-T dan risalah) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak munasabah.

Hakim itu berkata, sebab-sebab untuk pengharaman diberikan menteri dalam affidavitnya menyentuh acara yang belum berlaku.

Hakim berkata mereka bercadang menulis satu penghakiman oleh kerana isu-isu dalam kes berkenaan adalah penting.

Pada 27 Ogos, tahun lepas, kementerian berkenaan mengeluarkan perintah mengharamkan kemeja-T Bersih 4 dan penerbitan berkaitan perhimpunan Bersih 4.

Perayu memfail semakan kehakiman bagi mencabar perintah itu, dengan menyebut kementerian dalam negeri dan kerajaan sebagai responden.

Di luar mahkamah, New Sin Yew, seorang daripada peguam yang mewakili perayu berkata perintah kementerian itu tidak sah berikutan keputusan mahkamah itu.

Beliau berkata keputusan itu mempunyai implikasi yang luas ke atas rakyat Malaysia yang memiliki kemeja-T dan risalah berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili menteri dan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Bersih 4.0mahkamahMenteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd