• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Andre Xavier Justo Dapat Pengampunan Diraja

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, telah mendapat pengampunan diraja.

Menurut peguam Worrasit Piriyawiboon, anak guamnya mendapat pengampunan sempena ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menduduki takhta dan ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit.

“Pengumuman mengenai Pengampunan Diraja disiarkan dalam laman sesawang Warta Diraja malam tadi. Saya menghubungi pegawai pemulihan dan beliau mengesahkan bahawa nama Justo berada dalam senarai,” kata beliau kepada Bernama hari ini.

Pengampunan itu bermakna bahawa Justo yang disifatkan sebagai seorang banduan yang ‘sangat baik’ oleh pihak berkuasa penjara Thailand akan menjalani hukuman penjara yang singkat kerana hukuman penjara ke atasnya dikurangkan sebanyak satu pertiga.

Worrasit berkata Justo telah menjalani hukuman penjara setahun daripada tempoh hukuman selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan tahun lepas. Selepas diberi pengampunan Diraja, dia hanya akan menjalani hukuman penjara untuk setahun lagi.

Beliau berkata bekas eksekutif IT berusia 49 tahun itu mungkin akan menjalani baki hukuman penjara secara parol atau dipindahkan ke penjara lain bergantung kepada syarat-syarat di bawah Pengampunan Diraja.

Justo didapati bersalah pada 17 Ogos tahun lepas selepas dia mengaku cuba memeras ugut PetroSaudi International, yang mempunai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula pada 22 Jun, hari Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand.

Dia dituduh mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223). – BERNAMA

Tags: Xavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MBMB Sita 3 Mesin Judi Di Pusat Beli Belah

Next Post

Next Bike Lancar Ducati Scrambler Sixty2

Related Posts

Mahkamah Benar Najib Periksa Dokumen Justo Serah SPRM

13/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memeriksa dokumen...

Permohonan Najib Periksa Dokumen Justo Didengar 13 Disember

21/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri...

Next Post

Next Bike Lancar Ducati Scrambler Sixty2

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd