• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Tun Daim Diisytihar Muflis Di Singapura

oleh
20/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Md. Wira Dani, anak lelaki kepada bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis di Singapura selepas gagal membayar hutang kepada Maybank Kim Eng Securities.

Menurut laporan akhbar ternama di Singapura, The Straits Times, beliau gagal membayar hutang berjumlah S$1.65 juta (kira-kira RM4.92 juta) setelah Maybank mendapat perintah mahkamah pada Mac lalu meminta bayaran balik hutang S$2.459 juta (kira-kira RM7.34 juta).

Md. Wira dikatakan meminjam sejumlah pegangan dalam firma LionGold Corp. Beliau yang pernah menjadi pengarah bukan eksekutif di syarikat itu, mulanya bersetuju untuk membuat bayaran ansuran tetapi hanya melangsaikan S$100,000 (RM298,325) setakat Ogos 2014.

Anak Tun Daim Diisytihar Muflis Di Singapura

Susulan arahan mahkamah tempatan di republik itu, pihak bank tersebut kemudian bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh peguam Md. Wira untuk cuma membayar balik sebanyak S$1 juta (RM2.9 juta) dalam dua transaksi antara April hingga Jun tahun ini.

Maybank Kim Eng Securities bagaimanapun hanya menerima S$835,950 (kira-kira RM2,493,853), sekali gus membawa kepada pengisytiharan status bankrap itu, menurut laporan media tempatan yang memetik sumber daripada pihak mahkamah republik tersebut.

Kenyataan difailkan dengan Singapore Exchange menyebut bahawa Wira sudah meletakkan jawatan di LionGold untuk menyelesaikan hal peribadi susulan arahan muflis berkenaan. Beliau dikehendaki untuk berbuat demikian dalam tempoh 30 hari.

The Straits Times juga melaporkan bahawa pelbagai dokumen menunjukkan Md. Wira mempunyai sejumlah hartanah di Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SingapuraTun Daim Zainuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Jika Ada Majlis, Saya Akan Maklum’ – Azrinaz

Next Post

Video: Wajah Adik Ini Beri Gambaran Jelas Krisis Syria

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Tun Daim Meninggal Dunia

Tun Daim Meninggal Dunia

13/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini pada usia...

Next Post

Video: Wajah Adik Ini Beri Gambaran Jelas Krisis Syria

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd