DES PLAINES (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki diberi pampasan AS$675,000 (RM2.7 juta) selepas satu alat yang digunakan doktor gigi ketika proses menampal gigi didapati berada di dalam perutnya.
Janus Pawlowicz berkata, dia menjalani rawatan di klinik rakan lamanya, Dr Beata Kozar-Warchalowska di Des Plaines, Illinois, dua tahun lalu untuk menjalani prosedur menampal saluran akar giginya.
Doktor itu kemudian memberitahunya, satu alat yang digunakan telah hilang.
“Doktor itu tahu dia terjatuhkan alat berkenaan tetapi tidak tahu apa terjadi dengannya. Dia mencarinya tetapi tidak jumpa. Dia berjanji akan telefon anak guam saya jika menemui alat itu,†kata peguam Pawlowicz, Rob Kohen.
Beberapa hari kemudian Pawlowicz mengalami sakit perut yang amat sangat.
Selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, doktor mendapati alat doktor gigi berkenaan berada di dalam perutnya. Alat yang dikenali sebagai ‘barbed breach’ itu terpaksa dikeluarkan menerusi pembedahan kecemasan.
“Saya sudah lama menjadi pelanggannya dan tidak menyangka ini akan berlaku,†kata Pawlowicz.
Dia menyaman Beata dan diberi pampasan sebanyak AS$675,000.
“Walaupun kecil, alat itu boleh membunuh saya,†katanya. – Agensi/myMetro Online

