• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar AS Dakwa Temui Rahsia Resipi Ayam KFC

oleh
31/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHICAGO – Sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia mungkin tanpa sengaja menemui campuran rempah yang digunakan untuk memasak ayam di restoran terkenal Kentucky Fried Chicken (KFC).

Satu bahan penting resipi, menurut Chicago Tribune ialah lada putih – sama jenis dengan lada biasa, tetapi tanpa kulit gelapnya dan dikatakan agak berbau harum, lapor agensi berita antarabangsa AFP memetik akhbar tempatan tersebut.

Harian itu turut mengerahkan seorang wartawan menulis rencana mengenai Corbin, Kentucky – sebuah desa kecil iaitu tempat ayam KFC yang pertama dihidangkan lebih 75 tahun lalu, dan kampung halaman pengasas KFC, Harland Sanders.

Di sana, beliau berjaya menemui anak saudara Sanders yang berusia 67 tahun, Joe Ledington yang masih tinggal di kawasan itu. Meneliti buku sejarah keluarga, Ledington menjumpai satu resipi ditulis tangan, menurut laporan Chicago Tribune.

“Itulah 11 herba dan rempah asli yang sepatutnya menjadi satu rahsia,” Ledington memberitahu wartawan itu, walaupun beliau nampak kurang yakin mengenai keaslian resipi tersebut ketika diwawancara secara eksklusif menerusi telefon.

Akhbar AS Dakwa Temui Rahsia Resipi Ayam KFC

Jurucakap ibu pejabat KFC di Louisville, Kentucky bagaimanapun menegaskan bahawa resipinya masih lagi selamat dirahsiakan dan belum pernah didedahkan kepada sesiapa pun waima dibocorkan daripada ahli keluarga Sanders sendiri.

“Ramai orang buat dakwaan ini setakat ini dan tiada yang tepat – ini juga sama,” menurut KFC dalam satu kenyataan. Malah KFC mendakwa, resipi itu disimpan selamat dalam sebuah peti kebal dan dipindahkan dalam kenderaan berperisai.

Sungguhpun demikian, banyak resipi konon KFC sudah lama disebarkan secara online yang mendakwa sudah menyalin resepi ayam goreng terkenal restoran tersebut. Berita berkenaan turut menarik perhatian pelbagai media AS yang lain.

Namun, sebuah agensi berita di Louisville, melaporkan ibu pejabat korporat KFC yang menyelia operasi restoran popular berkenaan di lebih 18,000 lokasi serata dunia – turut meragui kesahihan laporan Chicago Tribune.

“Terlalu banyak paprika,” kata seorang wartawan Courier-Journal yang enggan dikenali merujuk sejenis lada yang lazim dijadikan serbuk pedas sambil menambah: “Saya menyokong KFC dalam perkara ini.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

30/05/2024
0

SHAH ALAM - Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan bahawa rangkaian restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam...

Pedas Ngam Ngam, Sedap Kaw Kaw

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif menyengat buat seluruh rakyat Malaysia, dicipta khusus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd