• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Bantu Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurusan dan (petugas) Allstars AirAsia X mengisi petang yang bermakna bersama 75 kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal dan mental, di Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor baru-baru ini.

Diketuai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Bhd Benyamin Ismail bersama 20 sukarelawan Allstar, mereka melakukan pelbagai aktiviti termasuk permainan, memberi hadiah dan duit raya selain meraikan kanak-kanak itu dengan hidangan lazat.

“Keadaan mereka telah memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi orang yang lebih baik dan warga korporat yang lebih bertanggungjawab. Selari dengan perkembangan kami kepada penerbangan kos rendah jarak jauh terbesar di rantau ini, nasib yang menimpa kanak-kanak ini wajar menjadi peringatan untuk kita sentiasa merendah diri,” kata Benyamin dalam satu kenyataan hari ini.

Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor merupakan rumah kebajikan yang menempatkan 75 kanak-kanak pelbagai kaum, berusia antara tiga bulan dan 26 tahun, yang mengalami masalah mental seperti Down syndrome, autisme, cacat penglihatan selain bisu.

Kebanyakan kanak-kanak itu dari keluarga miskin yang tidak mempunyai keupayaan untuk menjaga mereka.

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk membantu, kunjungi www.ppkkck.org.

AirAsia X ialah syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh milik Kumpulan Airasia, dan terbang ke 22 destinasi di seluruh Asia (Tokyo, Osaka, Sapporo, Seoul, Busan, Taipei, Xi’an, Beijing, Hangzhou, Chengdu, Shanghai, New Delhi dan Kathmandu), Australia (Sydney, Melbourne, Perth dan Gold Coast), New Zealand (Auckland), Asia Barat (Jeddah, Tehran dan Muscat) serta Afrika (Mauritius). – BERNAMA

Tags: AirAsiakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd