• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Razif Ulangi Keyakinan, Tiada Yang Diluar Jangka Esok

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengulang keyakinannya bahawa tiada sesuatu yang diluar jangka akan berlaku di Terengganu esok.

Beliau menyifatkan ulasan sebuah akhbar mengenai kemelut politik di Terengganu sejak akhir-akhir ini adalah provokasi semata-mata menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata, “tidak ada apa-apa” dan menyatakan agak kecewa dengan penulisan di akhbar tersebut yang terus menerus menulis perkara yang sama sedangkan beliau berkali-kali telah menjelaskan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN).

Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan ADUN Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis dua kerusi. UMNO menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).

Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang sidang DUN esok.

Katanya hanya keadaan di luar sahaja bising tetapi keadaan sebenar sebaliknya.

Beliau turut mengesahkan tiada usul undi tidak percaya telah dikemukakan terhadap Ahmad Razif.

“Nak tubuh kerajaan dan nak bubar kerajaan tidak mudah…bukan boleh buat terus macam tu, ada peraturannya.

“Perlu hantar 14 hari notis awal seperti ditetapkan dalam Undang-undang dan Peraturan-peraturan Tetap DUN Terengganu sebelum usul itu dimasukkan ke dalam mesyuarat, dibahas dan kemudian diundi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Faktor Kekuatan Membolehkan UMNO Kekal Hingga Kini

Next Post

Pelbagai Gelagat Pemain Pokemon Go Di Ibu Kota

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

Next Post

Pelbagai Gelagat Pemain Pokemon Go Di Ibu Kota

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd