• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Diminta Jaga Institusi Presiden Parti

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Semua ahli UMNO diingatkan supaya menjaga institusi presiden parti kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti keramat orang Melayu itu lemah, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sekiranya institusi presiden UMNO diganggu gugat ia menyukarkan pemimpin yang dipilih untuk memimpin dan menjalankan tugas sekali gus menyebabkan parti menjadi lemah.

“Jaga parti dan institusi presiden UMNO, bukan jaga saya. Love me as president (Sayangi saya sebagai presiden) kerana satu hari nanti pengganti saya bakal ambil alih (tugas presiden).

“Kalau parti lemah siapa yang akan menjadi ketua untuk membawa kita ke hadapan? Maka untuk pastikan parti tidak lemah, semua peringkat bahagian perlu jaga keharmonian,” katanya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan UMNO dan sayap Bahagian Bukit Gantang, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

“Selagi UMNO berkuasa, kita boleh menuju masa depan baik. Jangan rosakkan UMNO, jangan perlekehkan UMNO, pastikan UMNO terus berkuasa di bumi ini dan menjadi parti terunggul di dunia,” tegas Najib.

Najib turut mengingatkan anggota UMNO supaya mempunyai kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran ketika ini kerana kelemahan akan turun mempengaruhi psikologi mereka.

“Kena ada keyakinan tapi jangan sombong, jangan angkuh dan mesti bertawaduk, jangan menunjuk-nunjuk. Kita mesti bersikap rendah diri kerana kita hendak berkhidmat kepada rakyat.

“Kalau (pemimpin) UMNO ingat (berjuang) pasal rakyat, maka jagalah cawangan dengan baik. Jangan berpuak-puak, jangan jaga geng kita sahaja. Ini keluarga kita, kalau kita berjiwa besar banyak masalah akan selasai,” katanya.

Presiden UMNO itu juga berpesan agar pemimpin dan anggota UMNO berpegang kepada prinsip moraliti untuk terus dihormati. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Esscom Tahan 12 PATI Cuba Memasuki Negara Secara Haram

Next Post

Kabinet Setuju Laksana Sistem ‘Sewa Dan Beli’

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Kabinet Setuju Laksana Sistem 'Sewa Dan Beli'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd