ABANG kepada mangsa kanak-kanak yang cedera parah akibat serangan udara yang didalangi tentera Syria, Omran Daqnish, 5, dilaporkan meninggal dunia, semalam.
Ali Daqneesh, 10, meninggal dunia di hospital akibat kecederaan teruk yang dialaminya dalam serangan udara disasarkan ke sebuah bangunan di Aleppo, Syria pada Rabu.
Kaitan:Â Wajah Adik Ini Beri Gambaran Jelas Krisis Syria
Ali, Omran dan seluruh keluarga mereka terselamat selepas dibawa keluar dari runtuhan bangunan oleh pasukan penyelamat sukarelawan sebelum dihantar ke hospital.
Aktivis Aleppo berkata, penduduk tempatan berkumpul di rumah keluarga mangsa sebagai tanda berkabung atas berita kematian kanak-kanak itu.
Sementara itu, Kempen Solidariti Syria yang berpangkalan di United Kingdom (UK), turut melaporkan berita kematian Ali dan menggesa masyarakat supaya melancarkan bantahan jenayah perang terhadap negara bergolak itu.
Bapa kepada kedua beradik itu, Abu Ali menceritakan serangan berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain di luar rumahnnya bersama rakan yang lain sementara dia dan Omran berada di dalam rumah ketika kejadian.
“Ia amat menyakitkan bagi saya apabila melihat anak-anak cedera dan berada dalam runtuhan bangunan di depan mata saya,†katanya.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria menganggarkan setakat Ogos sahaja, seramai 142 kanak-kanak telah terkorban.
Manakala 50,000 kanak-kanak lagi dipercayai terbunuh dalam tempoh lima tahun sejak negara itu menjadi medan perang antara regim Bashar Al-Assad dengan kumpulan pemberontak. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Telegraph

