• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Pekerja Wanita Asing Pusat Bekam Di Ipoh Ditahan

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Ipoh menahan lapan wanita warga asing dari pelbagai negara dalam satu serbuan di sebuah pusat rawatan bekam di Kampung Rapat di sini malam tadi kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua wanita berkenaan terdiri daripada warga China, Laos dan Thailand yang berusia antara 28 hingga 43 tahun dipercayai pekerja di pusat bekam berkenaan yang baru beroperasi semalam.

“Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang ketika itu berada di pusat berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan dan semasa serbuan, tiada pelanggan di premis tersebut.

“Polis turut merampas sebuah komputer riba, beberapa buah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM378,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada wanita berkenaan ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah, Sum berkata ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 44 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Dalam perkembangan lain, Sum berkata pihak polis menahan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan di dua kafe bistro kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Ipoh semalam.

Menurut Sum, kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 31 dan 43 tahun itu ditahan di premis yang terletak di Jalan Lim Bo Seng dan Jalan Ali Pitchay di sini dalam serbuan sekitar pukul 4 petang.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua premis beroperasi menggunakan lesen hiburan awam yang telah tamat tempoh sejak 30 Jun lalu.

“Polis turut merampas 31 mesin simulator di kedua-dua premis tersebut,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998. – BERNAMA

Tags: Bekamwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya

Next Post

Jual Murah, Rumah Beckham Didakwa Berhantu

Related Posts

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

Next Post

Jual Murah, Rumah Beckham Didakwa Berhantu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd