• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

52 Pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 52 pelajar lelaki Kolej Matrikulasi Gopeng mengalami keracunan makanan selepas menikmati masakan berasaskan ayam di kafeteria lelaki kolej itu pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Juita Ghazalie berkata maklumat awal diterima kira-kira 2 pagi, Ahad lalu selepas pelajar mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, muntah, pening, loya, demam dan abdominal cramp.

“Siasatan ke atas semua pesakit mendapati rata-rata mereka makan di kafeteria asrama lelaki.

“Beberapa sampel seperti perkakas masakan dan makanan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri mengarahkan kafeteria itu ditutup serta-merta di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Pengusaha kafeteria telah dikompaun RM1,000 di bawah peraturan (34) Akta Kebersihan Makanan,” katanya.

Tambah Dr Juita, pihaknya memberi penerangan kepada pihak pengurusan kolej matrikulasi, pelajar dan pengusaha kafeteria.

Difahamkan, semua pelajar yang terlibat merupakan pengambilan pada Jun lalu.

Dr Juita berkata hasil siasatan mendapati van yang digunakan untuk membawa makanan itu dalam keadaan kotor dan terdapat ulat sampah selain peralatan yang digunakan antaranya jug dan dispenser tidak dicuci dengan bersih.

Pada Rabu lalu, seramai 56 pelajar lelaki Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan di dewan makan kolej itu. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd