• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Lagi Kes Jangkitan Virus Zika Di Singapura

oleh Ahmad Albab
31/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 15 lagi kes jangkitan tempatan virus Zika di republik itu sehingga tengah hari tadi, Channel NewsAsia melaporkan.

Laporan itu yang memetik MOH dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura berkata dua kes dilaporkan membabitkan pekerja di tapak pembinaan di 60 Sims Drive dan pesakit telah sembuh.

Ia menambah bahawa 13 kes membabitkan mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan Sims Drive/Aljunied Crescent.

Kedua-dua kes di tapak pembinaan Sims Drive dikesan hasil pemeriksaan semula dan ujian oleh MOH ke atas mereka yang dijangkiti.

Sehingga Isnin, laporan itu berkata MOH telah selesai menjalankan ujian ke atas semua pekerja di tapak pembinaan yang sebelumnya menunjukkan tanda-tanda demam dan ruam.

“Kami juga memeriksa pekerja yang tinggal di asrama yang terletak di kawasan-kawasan berkenaan,” pihak berkuasa dipetik sebagai berkata.

Pemeriksaan semula itu mungkin akan mengesan lebih banyak kes jangkitan Zika sebelumnya yang tidak didiagnos, kata kenyataan itu.

Sehingga Isnin, laporan itu berkata NEA telah memeriksa kira-kira 3,600 daripada 6,000 premis di kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive untuk mengesan tempat pembiakan nyamuk dan juga menjalankan pemeriksaan di kawasan sekitar.

Ia berkata 36 habitat pembiakan – 22 di rumah dan 14 di kawasan bersama dan premis lain – telah dikesan dan dimusnahkan.

Laporan itu berkata NEA juga menjalankan pemeriksaan di kuarters pekerja di tapak pembinaan di Sims Drive.

NEA juga menjalankan operasi kawalan vektor di kawasan-kawasan di Aljunied Crescent/Sims Drive yang kes jangkitan dilaporkan membabitkan mereka yang bekerja atau tinggal di kawasan tersebut. – BERNAMA

Tags: virus zika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Sekolah Jangan Terpengaruh Kegiatan Daesh

Next Post

200 Pegawai Perubatan Siap Sedia Kendali Tugas

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

Next Post

200 Pegawai Perubatan Siap Sedia Kendali Tugas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd