• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doa Untuk Malaysia: Najib Sertai Ribuan Umat Islam

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai ribuan umat Islam yang membanjiri Dataran Merdeka di sini pada majlis ‘Doa untuk Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.

Perdana Menteri yang lengkap berjubah putih serta kopiah tiba 8.30 malam dan disambut timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama pada majlis yang memasuki tahun ketiga itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program tahunan kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu merupakan program pembukaan kepada semua acara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.

Program yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen RTM dan radio Nasional fm itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah disusuli solat hajat yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Ia diikuti bacaan doa memohon pengukuhan perpaduan antara kaum serta dijauhkan dari sebarang anasir negatif oleh Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Tuan Asmawi Tuan Umar.

Pengisian doa itu termasuk memohon agar negara dijauhi fitnah dan pelampau Daesh yang boleh memecahbelahkan perpaduan serta politik negara.

Turut menjadi tumpuan jemaah ialah selawat qasidah dan tawsiah yang dipimpin dua pendakwah terkenal dari Indonesia iaitu Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin diiringi kumpulan nasyid tempatan Al-Mawlid.

Keadaan cuaca yang amat baik sejak awal pagi tadi menjadi faktor kelancaran majlis dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam bagi mengimarahkan majlis tersebut.

Rata-rata hadirin khusyuk berselawat qasidah dan tawsiah sambil mengibarkan Jalur Gemilang tanda cintakan tanah air. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd