JOSEPH Schooling hari ini melakar sejarah terindah buat negara Singapura apabila berjaya merangkul pingat emas Olimpik buat pertama kali, selepas memenangi acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016.
Dengan kemenangan itu juga, Schooling turut mengejutkan ramai apabila mampu menewaskan legenda atlet renang terhebat, Michael Phelps dari Amerika Syarikat.
Dalam acara ini, perenang berusia 21 tahun ini berjaya menamatkan cabaran dalam masa 50.39 saat sekali gus memecah rekod Sukan Olimpik 50.58 saat, yang pernah dicatatkan oleh Phelps di Sukan Olimpik Beijing 2008.

Manakala, pesaingnya Phelps, Chad le Clos dari Afrika Selatan, dan Laszlo Cseh dari Hungary meraih pingat perak dengan mencatatkan masa yang sama iaitu 51.14 saat.
Pingat emas yang diraih Schooling ini merupakan yang pertama dimenangi seorang perenang lelaki Asia Tenggara. – MYNEWSHUB.CC

