• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Nafi Penyokongnya Punca Kekecohan

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan penyokong pasukan itu punca kekecohan di Stadium Ipoh selepas tamat perlawanan antara JDT dan Perak, malam tadi.

Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) dalam satu kenyataan sebaliknya mendakwa kekecohan itu berlaku disebabkan provokasi oleh penyokong pasukan tuan rumah, Perak.

Sehubungan itu, JST menyelar pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) kerana didakwa gagal mengawal keselamatan penyokong JDT dalam perlawanan Liga Super 2016 malam tadi.

“Sebaik wisel penamat ditiupkan, penyokong JDT yang bersorak kemenangan telah diancam dan dibaling objek keras oleh penyokong tuan rumah sehingga menyebabkan kecederaan berlaku dan para penyokong pelawat terpaksa ditempatkan di tengah padang bagi melindungi diri.

“Selain itu, bas penyokong juga telah diserang sewaktu perjalanan pulang manakala perkara paling memalukan adalah sewaktu lagu Bangsa Johor dinyanyikan, penyokong tuan rumah telah memperlekeh, mengejek serta melaungkan sorakan ‘JDT bangsat’ di mana ianya tidak harus berlaku,” kata kenyataan itu, lewat malam tadi.

JDT seterusnya membidas wakil media kerana menuduh kamera mereka dicuri penyokong JDT kerana pemeriksaan ke atas setiap penyokong JDT di dalam stadium tidak menemui kamera tersebut.

“Setelah semua penyokong JDT ditahan dan diperiksa seorang demi seorang dan kamera tidak dijumpai, tiba-tiba wakil media terbabit menyatakan sudah jumpa kamera tersebut.

“Cukup-cukuplah membuat fitnah kepada penyokong JDT. Pihak keselamatan pula hanya memperuntukkan kurang 100 anggota polis untuk mengawal keselamatan hampir 35,000 penyokong sedangkan jumlah yang berbeza jika di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin yang akan meletakkan tidak kurang dari 1,000 anggota untuk mengawal keselamatan,” kata kenyataan itu lagi.

Laporan media lewat malam tadi melaporkan, penyokong JDT telah melakukan provokasi ke atas penyokong pasukan tuan rumah selepas pasukan mereka menang 1-0 ke atas Perak.

Baca: Jurufoto Akhbar Cedera Selepas Perlawanan Perak-JDT

Penyokong JDT didakwa melempar objek keras dan merusuh di dalam stadium Ipoh sekaligus menimbulkan pergaduhan dengan penyokong pasukan Perak.

Penyokong JDT yang dipercayai mabuk juga dilaporkan menyerang wakil media menyebabkan seorang jurugambar mengalami kecederaan manakala kameranya dicuri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakJDTPerakpergaduhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyokong JDT Laung Slogan Provokasi, Cetus Pergaduhan

Next Post

Terbiasa Kehidupan Privasi, Elfira Loy Sukar Temui Cinta

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Terbiasa Kehidupan Privasi, Elfira Loy Sukar Temui Cinta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd