• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditawarkan Rawatan Kuku Lepas Kena Rogol

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAHLAH dirogol ketika sedang melancong, apa yang tak masuk akalnya ialah sebuah agensi pelancongan menawarkan pula sesi merias kuku sebagai ‘saguhati’ akibat insiden yang menimpa pelanggannya.

Itu yang menimpa Dr. Georgina Mortimer, 45, yang dirogol ketika melancong di St Lucia, Kepulauan Caribbean, Februari lalu.

Georgina dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi pelancongan serta pemilik villa yang dihuninya ketika kejadian itu berlaku.

“Saya bangun tidur mendapati diri dicekik dan dirogol oleh orang yang langsung tidak saya kenali. Saya takut dan pada ketika itu saya hanya fikir mati.

“Perogol itu mencekik saya sekuat hati sehingga sukar bernafas. Nasib baik ada seseorang mengetuk pintu bilik ketika itu membuatkan suspek panik dan melarikan diri,” katanya, menceritakan detik hitam tersebut.

Dalam percutian itu Georgina yang tinggal dalam sebuah villa bersama dua staf agensi pelancongan mengandaikan mereka sudah pun mengunci pintu utama kediaman tersebut.

“Saya sangat sedih dengan insiden yang menimpa dan sebolehnya mahu cuba halang ia daripada terjadi kepada mana-mana wanita lain di luar sana. Hidup saya musnah disebabkan olehnya,” katanya lagi.

Berikutan serangan seksual itu, Georgina telah menjalani rawatan pemeriksaan HIV dan trauma.

Ketika memberitahu kepada agensi pelancongan mengenai hal itu, apa yang diharapkannya adalah mereka membayar semula wang percutiannya sebagai ganti rugi sebaliknya dia ditawarkan sesi urutan dan rawatan merias kuku.

“Ditawarkan benda-benda itu membuatkan saya jadi marah. Seolah-olah mereka mempersendakan kejadian buruk yang terjadi kepada saya,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayahpercutianrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd