• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Rotan 3 Pelajar Tahfiz Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
29/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang ustaz ditahan reman bagi membantu siasatan kes tiga pelajar lelaki cedera dirotan di sebuah maahad tahfiz di sini yang menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Parit Buntar, Perak pada 10.10 malam tadi.

“Lelaki terbabit direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada dua pelajar terlibat berusia 12 dan 10 tahun, masing-masing berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Seorang lagi mangsa bagaimanapun belum dapat dihubungi, katanya.

Md Zukir berkata siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga mangsa dirotan kerana cuba melarikan diri dari maahad tahfiz itu ketika waktu subuh, Isnin lepas.

Beliau berkata suspek yang merupakan ustaz ganti di maahad tahfiz itu mencari dan menemui pelajar terbabit berhampiran Ibu Pejabat Polis Kuala Muda lalu membawa mereka pulang sebelum dirotan di dalam bilik kuliah di hadapan rakan-rakan lain.

“Akibat kejadian itu, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan lebam pada badan dan luka di kepala,” katanya.

Gambar pelajar tahfiz dengan kesan rotan di badan dan kepala menjadi viral di laman sosial apabila dikatakan dipukul seperti penjenayah. – BERNAMA

Tags: remanustaz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd