• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Puji Peranan Duta Malaysia Tingkat Profil Negara

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELH – Usaha berterusan dan komitmen para duta dan pesuruhjaya tinggi Malaysia dalam membina rangkaian hubungan dengan negara luar telah membantu meningkatkan imej negara dan pengiktirafan di pentas antarabangsa.

Dalam memuji tugas mereka, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini membolehkan Malaysia menikmati hubungan sangat erat dengan negara lain semasa ia membentuk hubungan global yang mantap.

“Ini boleh dilihat apabila negara lain menerima pandangan dan cadangan kita mengenai pelbagai isu global dan memandang tinggi kepada Malaysia,” katanya pada majlis makan malam yang dihoskan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk NaimunAshakli Mohammad pada Ahad.

Ahmad Zahid yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke India turut berkata Malaysia juga muncul sebagai negara contoh dalam kalangan negara Islam.

“Pada masa lalu kita sering mendapat pandangan dan nasihat daripada orang lain, tetapi kini kita boleh membantu mereka atau menawarkan bantuan,” katanya pada majlis tersebut yang dianjurkan untuk perwakilan Malaysia.

Ahmad Zahid mengetengahkan perkara itu apabila beliau berkongsi pandangan Malaysia semasa sidang kemuncak dan konvensyen antarabangsa termasuk dalam kapasiti beliau sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, yang mana negara akan mendapat respons positif.

Beliau berkata beliau bukan cuba untuk menunjuk sombong atau riak, tetapi ia adalah kebenaran.

Timbalan perdana menteri turut mengingatkan rakyat Malaysia di luar negara agar selalu menjaga nama baik dan imej negara.

“Sesetengah kita mungkin mempunyai pandangan atau pendapat berbeza, tetapi ia mesti diketepikan demi negara dan bagi memastikan rakyat boleh hidup dalam aman dan harmoni,” kata Ahmad Zahid.

Turut hadir pada majlis jamuan itu isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis dan para pegawai kanan kerajaan.

Beliau tiba di sini pada awal Ahad bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India. – BERNAMA

Tags: dutaZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd