• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Pantau Pegawai, Anggota Elak Terjebak Militan

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemantauan terhadap pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa dilakukan bagi mengelak mereka terjebak dalam kegiatan militan seperti kumpulan Daesh.

Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata ceramah serta pemantauan di laman sosial dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dakyah kumpulan (militan) ini kita perlu faham kerana ada banyak peringkat, mereka sebarkan melalui laman sesawang dan menyebabkan kita rasa simpati dan marah.

“Kemudian kita akan terpengaruh dan beri sokongan moral serta material… Oleh itu, penting untuk kita pantau dan beri kesedaran sebelum terjebak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan seramai sembilan pegawai TLDM termasuk lima pegawai Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dinaikkan pangkat.

Antara individu yang dikurniakan pangkat Kehormat PSSTLDM ialah Komander (Kehormat) Engku Maharaja Lela Setia Paduka Datuk Syed Budriz Putra Syed Amir Abidin Jamalullail dan Komander (Kehormat) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain itu, Ahmad Kamarulzaman turut menasihatkan pegawai dan anggotanya untuk tidak menyebarkan maklumat berkaitan kegiatan militan di laman sosial mereka.

Ditanya mengenai ancaman lanun di perairan negara, beliau berkata elemen perisikan perlu dipertingkatkan bagi membendung ancaman itu.

“Kita pandang serius anacaman lanun dan akan lihat pendekatan terbaik yang boleh digunakan untuk menangani ancaman ini, elemen perisikan perlu diberi keutamaan,” katanya.

Beliau juga berharap kerjasama tiga hala antara Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi menangani isu keselamatan maritim bersama di Laut Sulu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Pada 14 Julai lepas, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata Inisiatif Rondaan Selat Melaka (MSP) mungkin diguna pakai sebagai model untuk kerjasama tiga hala antara Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi menangani isu keselamatan maritim bersama di Laut Sulu.

Ketiga-tiga negara tersebut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan di Laut Sulu untuk membanteras insiden penculikan dan aktiviti jenayah di kawasan itu, kata Hishammuddin. – BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khidmat Kaunseling: Tiada Tempoh Ditetapkan

Next Post

Mencari Sumaiyah Buah Tangan Pertama Dira

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

Next Post

Mencari Sumaiyah Buah Tangan Pertama Dira

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd