• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Panggil 3 Individu Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara hari ini menjelaskan tiada keperluan ketika ini untuk memanggil tiga individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan terlebih dahulu memanggil Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengetahui maklumat dan bukti yang dimiliki beliau.

“Kami (polis) tidak akan memanggil tiga individu itu setakat ini. Kami akan panggil pengadu terlebih dahulu kerana kami mahu tahu apa maklumat yang ada padanya semasa beliau membuat laporan polis, ia satu tuduhan yang serius.

“Biar kami dapatkan apakah maklumat yang ada padanya (Khairul Azwan) semasa beliau membuat laporan polis sebelum kami memanggil ketiga-tiga mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian KPD Mart Community di Kolej Unikop di sini, hari ini.

Semalam, Khalid memaklumkan polis akan memanggil Khairul Azwan dalam waktu terdekat berhubung laporan polis yang dibuat pada Selasa lalu.

“Kita belum dapat berjumpa lagi dengan pengadu ini, Insya’Allah, hari ini atau esok untuk merakam percakapan dia (Khairul Azwan),” katanya.

Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga individu yang dinamakan itu dipercayai terbabit dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd