• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Untuk Batalkan VEP – Tiong Lai

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan akan dilaksanakan sebaik sahaja sistem itu sedia untuk beroperasi.

Menyangkal laporan berita sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiada kelewatan dalam pelaksanaannya.

“Jangan dengar khabar angin. Kerajaan akan laksanakan (VEP). Bukan sahaja di Singapura (sempadan kedua-dua negara) tetapi juga di Thailand, Kalimantan dan Brunei. Kerajaan tidak bersikap diskriminasi, di semua sempadan akan ada VEP.

“Kerajaan akan mulakan dengan Singapura (kenderaan berdaftar) terlebih dahulu dan kemudiannya ke negara lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian ibu pejabat baharu Lembaga Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Liow mengulas sama ada VEP mungkin dibatalkan selepas proses pelaksanaannya berdepan “masalah” dan telah terlepas beberapa ‘tarikh’ yang dikatakan sebagai tarikh bagi pelaksanaannya.

“Akan mengambil masa untuk melaksanakannya kerana kami mahu memastikan tiada sebarang masalah timbul apabila kami memulakannya. Jika sekarang, ujian dijalankan selama 12 jam, kami mahu mengujinya selama 24 jam untuk sekurang-kurangnya satu atau dua bulan lagi,” katanya.

VEP yang mula dicadangkan pada 2006, sepatutnya bermula pada 16 Julai dengan mengenakan bayaran RM20 bagi kenderaan asing memasuki Johor, tetapi telah ditangguhkan untuk kali keempat.

Mengenai sama ada pemasangan kamera dalam kereta akan diwajibkan sebagai cara untuk mengenal pasti punca kemalangan, Liow berkata setakat ini langkah itu masih secara sukarela. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Johor Kecam Kerajaan Selangor Benarkan Konsert

Next Post

Suri Rumah Cedera Ditetak Selepas Disamun Di Kulim

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

Next Post

Suri Rumah Cedera Ditetak Selepas Disamun Di Kulim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd