• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Minta PLUS Kaji Semula Kadar Tol LPT2

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu akan mengemukakan rayuan kedua kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), supaya mengkaji semula kadar bayaran tol yang dikenakan sepanjang LPT2.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata rayuan dibuat bagi memberi pulangan dan keselesaan sama rata kepada pengguna dan pihak konsesi sehinggalah semua kemudahan disediakan di lebuh raya itu.

Beliau berkata setakat ini, hanya stesen minyak sahaja yang belum diwujudkan di lebuh raya itu namun, kebanyakan kedai sudah memulakan operasi.

“Kita terima banyak rungutan tentang kekurangan kemudahan di laluan itu jadi, kita akan merayu kepada PLUS supaya mengurangkan kadar bayaran tol sehingga fasiliti sepenuhnya disiapkan di lebuh raya itu.

“Saya yakin dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi, masalah fasiliti ini dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Ahmad Razif berkata kadar bayaran tol yang dikenakan PLUS kepada pengguna LPT2 sama dengan lebuh raya lain yang diselenggara syarikat itu.

PLUS menetapkan kadar Kelas 1 sebanyak RM19.70 dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh berdekatan Jabor, yang terletak di sempadan Pahang-Terengganu, berkuat kuasa 15 Julai lepas.

Mengenai aspek keselamatan di LPT2, beliau yakin ia dapat diselesaikan selepas kutipan tol dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: LPT2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd