• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suara Merdu Adik Angkat Ronaldo Baca Al-Quran

oleh AK-47
12/07/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN sahaja mempunyai bakat dalam menggelecek bola, namun adik angkat bintang bola sepak terkenal Real Madrid, Cristiano Ronaldo iaitu Martunis mempunyai suara yang merdu dalam melantunkan ayat suci al-Quran menjadi viral di laman sosial minggu lalu.

Martunis, 19 tahun, menerima pujian melambung daripada netizen selepas video dia bertadarus dimuat naik ke akaun Instagram.

Remaja yang kini menyertai akademi bola sepak Sporting Lisbon di Portugal, meluangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran lantas berkongsi video itu dengan rakan-rakan Instagramnya iaitu martunis_ronaldo.

Kelab itu sebenarnya merupakan kelab pertama yang pernah disertai Ronaldo ketika baharu memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Waktunya bertadarus,” tulisnya.

Bismillah,waktu nya tadarus 😇🕌

A video posted by مرتنس سربنى (@martunis_ronaldo) on Jul 2, 2016 at 10:38am PDT

Rata netizen yang melihat video berkenaan terpesona dengan kelunakkan dan kemerduan suara Martunis mengalunkan ayat-ayat suci itu, selain memujinya masih mengekalkan identiti sebagai seorang Muslim walaupun berada di negara orang.

Suara Merdu Adik Angkat Ronaldo Baca Al-Quran

Martunis pernah menjadi bualan hangat media sewaktu berumur tujuh tahun apabila kisah sedihnya menjadi mangsa tsunami pada 2004 yang mana dia ditemui terdampar di pantai dengan menyarung jersi Portugal mendapat liputan meluas.

Difahamkan, sewaktu tsunami melanda Indonesia waktu itu, dia bersama rakan-rakannya sedang bermain bola sepak.

Alangkah bertuahnya Martunis apabila kisah pilunya itu sampai ke pengetahuan Ronaldo lalu pemain sensasi itu menjadikannya sebagai adik angkat.

Selain itu, Ronaldo juga dilaporkan membantu membina semula kediaman Martunis di Banda Aceh yang musnah dalam tragedi tsunami itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cristiano Ronaldo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Veterinar Giat Kenal Pasti Tahap Serangan Wabak IB

Next Post

Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

Next Post

Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd