• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Songkok Buatan Tradisional Kian Pupus

oleh AK-47
07/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, itulah ‘penangan’ songkok yang menjadi aksesori pelengkap bagi si jejaka tatkala lebaran menjelma selain dari sampin dan capal yang dipadankan dengan pakaian tradisional baju Melayu.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa songkok suatu ketika dahulu dihasilkan melalui cara tradisional yang mempunyai nilai dan ekstetikanya yang tersendiri.

Bagi yang tinggal di Pulau Pinang, jenama songkok OSM Shariff sudah pasti tidak asing lagi. Menjelang lebaran yang bakal tiba, pemiliknya Haja Mohideen Mohd Shariff, 68, tidak menang tangan menyiapkan tempahan songkok daripada pelanggan termasuklah dari negara jiran Singapura.

Songkok Buatan Tradisional Kian Pupus

Songkok Buatan Tradisional Kian Pupus

“Selalunya kami menerima tempahan untuk pelbagai jenis songkok sebulan sebelum Ramadan dan setiap tahun dalam masa ini kami perlu menghasilkan 700 songkok untuk memenuhi permintaan.

Siapa sangka di sebalik kudrat seorang warga emas berusia 68 tahun tersimpan ‘tangan ajaib’ yang handal menjahit songkok secara tradisional.

Menurut sebuah portal, Mohideen belajar membuat songkok sejak berusia 12 tahun daripada arwah bapanya dan kini kemahiran itu diturunkan kepada menantunya Abdul Kader Mydin.

Kedainya yang dikenali sebagai Kedai Songkok OSM Mohd Shariff terletak di lebuh King bersebelahan dengan Masjid Nagore.

Songkok Buatan Tradisional Kian Pupus

“Bagaimanapun, saya gembira dia (Kader) boleh meneruskan perniagaan keluarga saya kerana songkok buatan tangan adalah industri yang hampir mati,” katanya.

Tambah Mohideen, dia dan Kader mampu menyiapkan 15 songkok sehari dalam masa sekurang-kurangnya 13 jam dan kebanyakan songkok buatan tangannya dihantar ke peniaga di Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.

Harga bagi setiap songkok buatan tangan OSM Shariff dijual dengan harga sekitar RM23 hingga RM25 berdasarkan saiz, jenis kain dan corak.

Songkok Buatan Tradisional Kian Pupus

Songkok Buatan Tradisional Kian Pupus

Bagaimanapun, kebanyakan songkok yang terdapat dipasaran adalah dibuat dengan mesin dan kualitinya sangat berbeza dengan buatan tangan.

Hal itu menjadikan seni pembuatan songkok secara tradisional semakin pupus dan hanya segelintir sahaja yang masih meneruskan tradisi itu. -MYNEWSHUB.CC

Tags: pupussongkoktradisional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Koala Mungkin Akan Pupus Di Australia

11/02/2022
0

SYDNEY : Beruang koala telah diisytihar sebagai spesies terancam pada Jumaat. Kerajaan Australia membuat pengumuman itu selepas habitat haiwan marsupial...

Tidak Digalak Pakai Perhiasan Di Kepala Ada Lakaran Capal

12/04/2021
0

ALOR SETAR - Umat Islam tidak digalakkan memakai perhiasan di kepala, termasuk songkok yang mempunyai lakaran atau logo capal kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd