• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Di Nice Angkara Pengganas – Barack Obama

oleh AK-47
15/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan insiden trak yang merempuh orang ramai di Nice, Perancis adalah merupakan tindakan pengganas.

Dalam kenyataan rasminya, Obama mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang disifatkan sebagai serangan ngeri pengganas dalam kejadian yang telah membunuh dan mencederakan puluhan orang awam tidak bersalah.

Serangan Di Nice Angkara Pengganas - Barack Obama

Serangan Di Nice Angkara Pengganas - Barack Obama

Di samping itu, Obama juga menyeru kepada sekutu-sekutunya untuk memberi bantuan kepada Perancis dan menyiasat dalang di sebalik serangan maut tergempar berkenaan.

“Doa kami beserta keluarga dan orang-orang tercinta lainnya yang meninggal dunia,” kata Obama tanpa menyatakan secara spesifik pihak yang dipercayai mungkin mendalangi serangan itu.

Serangan Di Nice Angkara Pengganas - Barack Obama
Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi

Menurut Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi, sekurang-kurangnya 74 terbunuh dan puluhan cedera apabila sebuah trak merempuh orang ramai yang menyaksikan pertunjukan bunga api semasa perayaan Hari Bastille di bandar berkenaan.

Bagaimanapun, pihak polis tempatan telah menembak mati pemandu trak berkenaan yang memandu laju pada jarak lebih 100 meter di sepanjang kawasan pinggir laut terkenal, Promenade des Anglais sebelum merempuh orang awam, kata sub-pengawas serantau, Sebastien Humbert kepada radio France Info. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Barack ObamaPerancisSerangan Nice
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd