• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Hudud: PAS Sudah Sedia

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS sudah bersedia untuk membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud apabila persidangan Dewan Rakyat disambung semula, kata presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita telah bersedia untuk membahaskannya sejak tahun 1957. Kita sudah sedia membahaskan Rang Undang-undang itu,” kata Abdul Hadi ketika ditanya mengenai perkata ini, dalam satu sidang media, malam Ahad.

Abdul Hadi, yang bercakap selepas menghadiri majlis Hari Raya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berkata kumpulan NGO itu juga telah menunjukkan bahawa Rang Undang-undang ini dikehendaki oleh umat Islam di seluruh Malaysia.

“Kita perlu menaik taraf status Mahkamah Syariah dalam Perlembagaan Malaysia yang ditinggalkan oleh British; di mana ia meletakkan Mahkamah Syariah di peringkat yang lebih rendah berbanding Mahkamah Majistret.

“Perkara ini sendiri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan,” kata Abdul Hadi.

Beliau menekankan bahawa, walaupun Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Syariah yang mempunyai status yang rendah tidak mencerminkan perkara ini.

“Umat Islam mempunyai hak untuk menggesa undang-undang Syariah. Orang bukan Islam ada hak untuk mengamalkan agama mereka, dan umat Islam mempunyai hak untuk agama mereka,” kata Abdul Hadi. – mStar Online

Tags: Hadi Awangisu hududPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd