• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runding Kumpulan Penculik Bebas 5 Kru Bot Tunda

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Rundingan sedang dijalankan dengan kumpulan penculik lima kru warganegara Malaysia yang hilang selepas bot tunda mereka ditemui terdampar di beting pasir di perairan Dent Haven berhampiran Tambisan di Lahad Datu pada Isnin lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihak berkuasa Malaysia tahu siapa yang terlibat dan rundingan sedang dijalankan dengan mereka bagi membebaskan lima orang yang terbabit.

“Sekarang ini saya meminta ahli keluarga yang terlibat (mangsa culik) untuk mendiamkan diri dan tidak mendedahkan apa-apa hasil komunikasi antara pihak berkuasa dengan pihak penculik.

“Kita tidak mahu maklumat itu dijadikan penggalak kepada kumpulan penculik untuk terus melakukan aktiviti mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 316 anggota Jabatan Penjara Sabah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terbaharu kehilangan lima kru selepas bot tunda yang mereka naiki ditemui terdampar di perairan Dent Haven dan dipercayai mereka menjadi mangsa kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

Empat orang daripada lima kru itu ialah dari Tawau dan seorang dari Felda Jengka, Pahang.

Ditanya sama ada perlu penyediaan tambahan segera aset dan anggota di perairan negeri ini berikutan insiden terbaharu itu, Nur Jazlan berkata ia antara tindakan yang diambil kerajaan tetapi pemantauan keselamatan di kawasan perairan Sabah yang luas bukan mudah.

Katanya apa yang penting adalah kerjasama daripada pihak pengusaha aktiviti komersial yang menggunakan perairan timur negeri ini berhampiran sempadan dengan negara jiran.

Menurutnya mereka perlu memaklumkan pergerakan kapal atau bot mereka kepada pasukan keselamatan dan tidak menggunakan laluan perairan terdapat bahaya risiko diculik.

“Tidak mungkin pasukan keselamatan boleh mengawasi semua aktiviti mereka yang menjalankan kegiatan komersial dan menggunakan laluan kawasan perairan berhampiran dengan sempadan negara jiran,” kata Nur Jazlan. – BERNAMA

Tags: kes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd