• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Terjatuh Bot Ketika Memancing

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Seorang remaja maut selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya dan terkena kipas enjin bot berkenaan ketika keluar memancing bersama seorang rakan di Pantai Geting di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohammad Faiz Wahib, 18, bersama rakannya Mohd Azwa Mat Nor dipercayai gagal mengimbangi bot yang mereka naiki akibat angin kencang.

“Mohd Azwa berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki kembali bot terbabit manakala Mohammad Faiz tidak dapat menyelamatkan diri kerana mengalami kecederaan akibat terkena kipas enjin bot tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zaharudin berkata Mohammad Faiz yang mengalami luka di bahagian telinga kanan, dahi dan kaki kiri, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.45 malam dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memancing memastikan keadaan laut tidak bergelora. – BERNAMA

Tags: remaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd