• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayani Air Akan Kembali Beroperasi?

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagendrran membayangkan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu akan kembali beroperasi.

Malah menurut sumber kepada mStar Online, Ravi masih boleh mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dengan membuat permohonan bagi mendapatkan lesen itu.

Ravi berkata, beliau kini dalam perancangan untuk menyusun barisan pengurusan baharu selain mendapatkan pelabur yang berpotensi.

Jelas Ravi, pengurusan tersebut akan melibatkan ‘orang baharu’ termasuk kakitangan sedia ada, masing-masing mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang penerbangan.

Ravi mendakwa, sebahagian daripada pekerja Rayani Air juga akan kembali berkhidmat menerusi pengurusan baharu yang akan dikendalikan pihak pelabur.

“Saya kini dalam perancangan untuk menyusun pengurusan syarikat yang lebih baik, dan akan dikendalikan pelabur berpotensi nanti.

“Saya bersedia untuk ‘menghidupkan’ semula Rayani Air. Saya akan mendapatkan ASL bagi membolehkan Rayani Air kembali beroperasi. Saya sedang usahakan,” katanya kepada mStar Online.

Ravi bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh kerana katanya, usaha untuk mendapatkan ASL sedang dilaksanakan.

Pada 13 Jun lalu, Mavcom membuat keputusan membatalkan ASL milik Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat lesen berkenaan selain kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Ia diikuti pembatalan Sijil Pengendali Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada hari sama.

Pada 2 Julai lalu, mStar Online melaporkan keputusan Mavcom membatalkan ASL milik Rayani Air adalah muktamad dan pembatalan itu tidak boleh dibuat rayuan.

Ini bermakna syarikat penerbangan itu perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan lesen baharu, bagi membenarkannya beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Mengenai pelabur, Ravi mendakwa terdapat beberapa pihak yang masih berminat untuk menyuntik dana dan menerajui pengurusan baharu.

Ditanya adakah permohonan baharu ASL akan dibuat, Ravi hanya berkata: “Apa yang penting sekarang adalah saya perlu memastikan Rayani Air kembali beroperasi. Syarikat penerbangan ini akan terus menyediakan perkhidmatan, isu tunggakan gaji dan bayaran balik tambang dapat diselesaikan.”

Sehubungan itu, beliau berharap rancangan itu dapat dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak terutama kerajaan dan Mavcom.

“Saya juga perlu mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada pekerja, pelanggan termasuk NGO (badan bukan kerajaan),” ujar Ravi.

Jumaat lalu, mStar Online melaporkan Ravi memohon maaf kepada semua pelanggan dan pekerjanya kerana gagal melunaskan tunggakan gaji serta membuat bayaran balik tiket sebelum Aidilfitri, seperti yang dijanjikan.

Ravi berkata, penarikan balik lesen-lesen milik Rayani Air dibuat ketika urusan memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan itu, sehingga mengakibatkan tiada pelabur yang mahu memberi kerjasama.

Rayani Air menerima kedua-dua ASL dan AOC daripada DCA sebelum memulakan penerbangan sulung pada 20 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, ASL yang membolehkan pemegang lesen tersebut untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual, seperti penerbangan komersial berjadual, kini di bawah tanggungjawab Mavcom, yang baharu ditubuhkan pada 1 Mac 2016.

Pada Isnin, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan Mavcom membatalkan ASL milik Rayani Air sebagai ‘tergesa-gesa’. – mStar Online

Tags: Rayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas CEO Rayani Air Peluk Islam

25/09/2019
0

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di...

“Saya Sedia Jumpa PPIM” – Pemilik Rayani Air

17/08/2016
0

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagenddran sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membincangkan mengenai usaha untuk menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd