• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Salah Faham Isu Saman Sticker – PDRM

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Susulan tersebarnya gambar sepucuk surat saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu akibat menampal sticker pada cermin keretanya di Merlimau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini tampil memberi penjelasan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah menegaskan bahawa terdapat salah faham yang timbul berikutan penyebaran maklumat di media sosial.

“Sticker (pelekat) yang dimaksudkan dalam saman itu adalah pelekat yang menjadikan cermin kereta gelap. Dia tampal plastik warna hitam. Bukannya pelekat seperti yang diviralkan itu,” katanya yang dipetik Harian Metro, merujuk kepada salinan surat saman bertarikh 17 Julai itu.

Kaitan: Kena Saman Sebab Tampal Sticker Kat Kereta?

Menurut Sham, salah seorang rakan kepada individu yang dikenakan saman tersebut telah memuat naik gambar dan menyebarkan fakta yang tidak tepat tentangnya.

“Kita saman cermin gelap dan orang yang kena saman ini menerima saman itu. Tetapi yang menviralkan benda ini sebenarnya bukan orang kena saman. Rakan dia yang langsung tidak tahu cerita sebenar.

“Kita dah sahkan dengan orang yang kena saman. Rakan dia yang buat (viralkan) saman itu dan dia tidak tahu apa-apa.

“Kita kalau pasal ‘sticker’ (pelekat) langsung tidak pernah saman, pakailah pelekat kelab kereta ke, kelab golf ke, tak pernah saman. Yang kita saman tampal plastik yang jadikan cermin gelap,” katanya ketika dihubungi.

Justeru pihaknya turut menasihati anggota yang terbabit dengan isu ini supaya membuat laporan polis.

“Benda ini sudah viral di laman sosial. Tetapi tiada aduan rasmi dikemukakan kepada pihak kami mengenai saman itu.

“Jadi saya nasihatkan orang ramai supaya jangan viralkan perkara tanpa mengetahui fakta sebenar. Dapatkan pengesahan daripada pihak polis adalah lebih baik,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PDRMpemandusaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd