• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 88 Orang Ditahan Di Seberang Perai Tengah

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seramai 88 orang termasuk enam dipercayai pengedar dadah ditahan dalam Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, bermula 13 Julai hingga Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam operasi itu polis turut menahan dua wanita dan merampas pelbagai dadah termasuk 15 liter air ketum.

“Polis melancarkan operasi mencegah jenayah termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam aktiviti dadah di sekitar SPT dan kita juga menggempur beberapa lokasi yang menjadi tumpuan penagih dadah.

“Antara lokasi yang digempur ialah Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Penanti, Alma, Permatang Pauh, Bukit Tengah dan Juru,” katanya di sini, hari ini.

Katanya enam lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di sekitar SPT ditahan secara berasingan dan polis turut merampas sejumlah dadah bersama mereka.

Rusli berkata daripada jumlah itu lima lelaki ditahan kerana memiliki serta dipercayai menjual air ketum.

“Seramai 73 orang termasuk dua wanita daripada keseluruhan yang ditahan itu adalah penagih dadah dan mereka turut positif bahan terlarang berkenaan,” katanya.

Katanya empat lagi lelaki ditahan kerana memang dikehendaki polis berhubung aktiviti pengedaran dadah.

Polis merampas pelbagai dadah antaranya heroin sebanyak 32.63 gram (g), syabu (5.29g) serta ganja 4.33g dan kesemuanya bernilai RM1,630, katanya.

“Semua yang ditahan berusia 16 hingga 58 tahun dan seorang daripadanya adalah pelajar sekolah tingkatan empat manakala selebihnya terdiri daripada lima pekerja swasta, buruh (28 orang), bekerja sendiri (34 orang) dan penganggur 20 orang,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerjasama Peniaga Naik Taraf Jalan Di Gerbang Malam

Next Post

Golongan Muda Digalakkan Menderma Darah

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

18/10/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik pengumuman pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua yang dibentangkan dalam...

Next Post

Golongan Muda Digalakkan Menderma Darah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd