• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Nga Kor Ming Di Bawah Akta Hasutan

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan ke atas Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya, Selasa lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menerima beberapa laporan polis terhadap entri Facebook Nga.

“Kita sudah memulakan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

“Kita juga akan menyiasat sama ada entri tersebut Nga yang buat atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Nga memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Khalid juga menyarankan orang ramai agar berhati-hati apabila membuat kenyataan atau memuat naik status sensitif di laman sosial.

“Tindakan Nga merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanNga Kor Ming
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

Sultan Selangor Berkenan Terima Menghadap Nga Kor Ming

Sultan Selangor Berkenan Terima Menghadap Nga Kor Ming

24/02/2024
0

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd