• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Siasat Kumpulan Ajaran Sesat ‘Imam Mahdi’

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak sedang melakukan siasatan secara terperinci berhubung dakwaan terdapat sebuah kumpulan ajaran sesat di negeri itu, yang dikatakan sedang mengembangkan pengaruhnya ke seluruh negara.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata pihaknya mempergiatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam memantau daripada semua aspek sebelum tindakan undang-undang dapat diambil terhadap kumpulan berkenaan.

“Polis telah mengambil langkah tertentu dengan JAIPk untuk mengenal pasti apa dinyatakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini berhubung dakwaan berkenaan.

“Jika ada sebarang perkembangan terbaharu, saya akan maklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu lepas yang melaporkan kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi bercadang mewujudkan kumpulan bersenjata digelar Tentera Mahdi.

Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan sedang mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan pengaruh seorang ulama untuk menarik orang awam untuk menyertai kumpulan berkenaan.

Kumpulan itu didakwa mengumpulkan senjata untuk berperang dan mereka dikatakan sedang bersiap sedia untuk berbaiah dengan Imam Mahdi di Mekah, Arab Saudi.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata jenayah indeks di Perak mencatat penurunan iaitu sebanyak 42 kes dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Khamis lepas (21 Julai).

Beliau berkata jumlah itu berkurang sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Walaupun jenayah indeks di negeri ini menunjukkan penurunan, terdapat dua daerah yang mencatatkan peningkatan kes iaitu di Taiping dan Manjung.

“Kecurian motosikal merupakan penyumbang terbesar kepada kadar jenayah indeks di negeri ini manakala kes jenayah seperti pecah rumah didapati berkurangan berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ajaran Sesatpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Epik Megat Panji Alam Akan Ke Kaca TV?

Next Post

Jemaah Diingat Jaga Kesihatan, Cuaca Mungkin 50 Darjah

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Jemaah Diingat Jaga Kesihatan, Cuaca Mungkin 50 Darjah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd