• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Suspek, Ganja Bernilai RM360,000 Dirampas

oleh Ahmad Albab
03/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Polis merampas 150 keping ketulan ganja mampat dengan berat keseluruhan 150 kilogram bernilai RM360,000, susulan daripada kemalangan sebuah pikap lewat petang Jumaat di Jalan Cikgu Ali, Kampung Rambai di sini.

Ketua Polis Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, rampasan itu merupakan yang terbesar di Perlis dalam tahun ini dan dadah tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran, bagaimanapun polis sedang giat memburu suspek yang berjaya meloloskan diri selepas kemalangan itu.

“Polis menerima maklumat dari orang awam awal pagi tadi tentang kemalangan tersebut, kemudian anggota bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan telah menjumpai banyak ketulan ganja mampat berselerak di luar dan dalam kenderaan tersebut pada 7.30 pagi Sabtu.

Polis percaya kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu bergerak dari Beseri menghala ke Ulu Pauh melalui Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon telah tergelincir sebelum terbabas dan terbalik di tebing tepi jalan itu,” katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Arau di sini petang Sabtu.

Polis akan bekerjasama dengan semua unit polis bagi menjejak suspek yang masih tidak diketahui identitinya itu secepat mungkin, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, menurut Nanda.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, Nanda berkata, seorang penuntut berumur 21 tahun yang merupakan pelajar tahun akhir peringkat diploma di sebuah universiti awam di sini, telah ditangkap bersabit dengan empat kes ragut di daerah itu sejak awal bulan lepas.

Menurut Nanda kerugian daripada semua aktiviti dilakukan pelajar terbabit dianggarkan sebanyak RM6,000.

“Pelajar lelaki itu ditahan di asrama universiti pada 3.30 pagi ini (Sabtu), dia akan direman sehingga 5 Julai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Nanda berkata, modus operandi diguna pakai suspek yang berasal dari Kedah itu adalah dengan mengekori mangsa-mangsanya, terutama wanita yang menunggang motosikal pada waktu malam sekitar 9.30 hingga 12 tengah malam.

“Sebaik tiba di laluan dan jalan gelap, suspek yang menunggang Honda EX5 itu akan memadamkan lampu depan motosikal seterusnya mendekati mangsa dari belakang tanpa diketahui mangsa sebelum meragut beg tangan atau barang kepunyaan mangsa yang diletakkan di bahagian depan bakul motosikal,” jelasnya.

Berdasarkan maklumat diperolehi suspek tidak memiliki sebarang sabitan terdahulu serta telah merancang untuk pulang ke kampung merayakan Aidilfitri pada hari dia ditahan. – BERNAMA

Tags: ganjaPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd