• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Australia Ketat Kawalan Gara-Gara Pokemon GO

oleh AK-47
12/07/2016
dalam Gajet, Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Pemainan terbaharu Nintendo, Pokemon GO sejak dilancarkan minggu lalu bukan sahaja mendapat sambutan hebat dalam kalangan peminat gajet.

Malah ia turut menyebabkan pihak berkuasa meningkatkan lagi tahap undang-undang pencerobohan dan keselamatan di Australia.

Pemainan itu kini lebih banyak di telefon Android berbanding aplikasi temujanji Tinder dan bersaing sengit dengan rangkaian sosial Twitter, menurut sebuah firma analisis.

Menonjolkan sisi negatif kepada popularitinya, pemainan itu kini menyebabkan penggunanya tanpa sengaja ceroboh tempat larangan awam seperti kawasan di sekitar Opera House, Botanical Gardens dan beberapa kawasan persendirian.

Polis Australia Ketatkan Undang-Undang Gara-Gara Pokemon GO

Polis Australia difahamkan menerima pelbagai aduan berkenaan pemain aplikasi itu yang dilihat terlalu ‘teruja’ menangkap Pokemon sehingga mengabaikan faktor keselamatan dan undang-undang sedia ada.

Slogan di laman rasmi Facebook pihak polis Australia kini menjadi sebutan apabila menggunakan tagline terkenal siri animasi Jepun itu iaitu ‘We’re gonna catch ’em all!’ yang merujuk kepada orang awam yang menceroboh dan melakukan kesalahan dek kerana terlalu leka bermain.

Polis turut memberi amaran kepada penggemar supaya berwaspada menggunakan telefon pintar dan peranti lain untuk mencari karektor permainan itu.

“Apabila anda terbabit dalam permainan itu dan tidak memberi perhatian kepada apa yang berlaku sekeliling, anda boleh ditimpa masalah.

“Anda seharusnya lebih peka dan tidak melanggar undang-undang sewaktu bermain dan digalakkan untuk tidak pergi ke ke tempat atau kawasan yang baru,” tulis pihak polis dalam satu kenyataan.

Playing Pokemon Go outside wondering if my neighbors think I’m a creepy girl taking photos of their house. pic.twitter.com/XIbSsyoDZW

— Jamaica dela Cruz (@jamaicadelacruz) July 6, 2016

When you get pulled over but you gotta catch em all #pokemongo pic.twitter.com/ZVosCaaYep

— sethary (@seth_cordaro) July 8, 2016

Dibangunkan oleh Pokemon Company International, Niantic Inc. dan Nintendo Co. Ltd., pemainan itu menggunakan pemetaan GPS dan sistem kamera pada telefon pemain.

Permainan berasaskan konsep Argument Reality (AR) itu telah dilancarkan di beberapa negara seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat dan dilaporkan mengguli carta nombor satu aplikasi yang dimuat turun di Google Play dan Apple App Store. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Channel News Asia

Tags: aplikasiAustralialuar negaraPermainan Komputer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arsene Wenger Berminat Jadi Pengurus England

Next Post

Veterinar Giat Kenal Pasti Tahap Serangan Wabak IB

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Veterinar Giat Kenal Pasti Tahap Serangan Wabak IB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd