• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokemon Tidak Islamik: Majlis Ulama Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH - Majlis ulama tertinggi Arab Saudi semalam memperbaharui fatwa 15 tahun lalu yang pernah mengisytiharkan permainan Pokemon tidak Islamik, lapor media negara itu semalam.

Fatwa tersebut bagaimanapun tidak menyebut mengenai aplikasi permainan mudah alih Pokemon GO.

Aplikasi Nintendo itu yang menyebabkan pemainnya berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak kartun maya pada skrin telefon pintar mereka mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

Sekretariat Majlis Ulama Kanan berkata, ia membaharui semula fatwa yang dikeluarkan pada 2001 terhadap permainan Pokemon susulan soalan yang diterima daripada orang ramai.

Majlis itu menganggap mutasi watak di dalam permainan berkenaan yang diberikan kuasa tertentu sebagai sesuatu perbuatan kufur kerana berdasarkan teori evolusi semula jadi.

“Amat mengejutkan apabila perkataan ‘evolusi’ diucapkan kanak-kanak,” katanya.

Menurut majlis itu, permainan itu turut mengandungi elemen lain dilarang Islam termasuk ‘politeisme kerana menggandakan jumlah dewa, selain berjudi yang diharamkan al-Quran dan rujukan kepada berhala serta wain’.

Fatwa itu turut berkata, simbol digunakan dalam permainan itu mengaitkan agama Shinto Jepun, Kristian, Masuniah dan ‘Zionisme global.’

Pihak berkuasa di Kuwait serta Mesir sebelum ini memberi amaran pemain mungkin berisiko apabila menghalakan permainan itu di istana, masjid, kemudahan minyak serta pangkalan tentera. – Reuters/myMetro Online

Tags: Pokemon GoSaudiulama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Uber: Kerajaan Tidak Tertekan – Nazri

Next Post

Jangan Heret Negeri Dalam Isu Peribadi – KJ

Related Posts

Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

03/03/2023
0

PUTRAJAYA : Tidak sampai lima hari pengumuman dibuat, kerajaan Arab Saudi melancarkan aplikasi bersepadu, Nusuk dalam versi bahasa Melayu sepenuhnya...

Kematian Ulama Berturut-Turut Satu Musibah

31/05/2021
0

PUTRAJAYA - Kematian ulama dianggap satu musibah terutama apabila berturut-turut seperti mana yang dapat disaksikan mutakhir ini.  Menteri di Jabatan...

Next Post

Jangan Heret Negeri Dalam Isu Peribadi - KJ

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd