• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petinju Negara Akan Jalani Latihan Di Las Vegas

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Petinju profesional negara Muhamad Farkhan Haron yang menjuarai Majlis Tinju Asia (WBC) kategori cruiserweight di Singapura Sabtu lalu, akan menjalani latihan di Kelab Tinju Mayweather di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beliau berkata latihan selama dua tahun itu adalah atas tajaan penuh daripada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan melibatkan kos kira-kira RM4 juta.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, katanya sehubungan itu beliau tidak bercadang bertanding di peringkat kejuaraan dunia dalam tempoh dua tahun ini.

“Untuk kejuaraan dunia, saya rasa bukan dalam waktu terdekat kerana saya belum cukup yakin terhadap kebolehan diri … dalam tempoh itu saya akan tumpukan perhatian terhadap latihan di sebuah kelab tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat,” katanya.

Katanya beliau akan bertolak ke negara itu tidak lama lagi selepas mendapat kelulusan visa.

“Saya mengalami masalah dalam permohonan visa kerana apabila pertama kali memohon pada Disember lalu, saya tersilap memilih jenis visa menyebabkan permohonannya ditolak.

“Kini, saya dalam proses memohonnya semula dan berharap ia berjalan lancar,” kata Muhamad Farkhan yang akan ditemani isteri dan ibu ke negara itu nanti.

Mengulas mengenai kemenangannya menentang peninju Indonesia Elly Pangaribuan, petinju berusia 28 tahun itu berkata ia adalah keputusan di luar jangkaan.

“Saya anggap pertemuan dengannya adalah satu cabaran besar memandangkan beliau mempunyai ranking tersendiri,” katanya.

Muhamad Farkhan berjaya mengalahkan petinju tersebut selepas hanya dua pusingan daripada jumlah 12 pusingan. – BERNAMA

Tags: petinju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hikmah Covid-19, Petinju MMA Masuk Islam

21/04/2020
0

PETINJU profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengumumkan sudah memeluk Islam pada 16 April lalu sambil menyatakan pandemik...

Ditumbuk Bertalu-Talu, Petinju 13 Tahun Maut

16/11/2018
0

SEORANG petinju remaja maut akibat pendarahan otak sehari selepas tidak sedarkan dalam satu kejohanan Muay Thai yang menawarkan wang tunai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd