• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat AirAsia, Jetstar Nyaris Bertembung Di Australia

oleh
29/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Dua buah pesawat syarikat tambang rendah masing-masing Jetstar Airways Australia dan AirAsia X Malaysia hampir bertembung di ruang udara di Gold Coast, Queensland semalam.

Demikian menurut laporan dikeluarkan oleh agensi berita rasmi China, Xinhua yang memetik kenyataan sumber daripada pihak berkuasa tempatan iaitu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di sini.

Akibat insiden yang berlaku pukul 11.42 pagi pada 28 Julai itu, satu siasatan secara rasmi sedang dijalankan oleh pasukan penyiasat biro berkenaan bagi mengenal pasti punca kedua-dua pesawat nyaris bertembung sesama sendiri.

Menurut Xinhua, pesawat AirAsia X terbabit ketika itu berlepas berada hanya 152 meter daripada pesawat Jetstar yang kebetulan hendak mendarat, sehingga alat penggera dibunyikan dalam kokpit kedua-dua pesawat itu.

Jarak minimum memisahkan dua buah pesawat komersial besar ketika di ruang udara Australia ialah 305 meter antara satu sama lain. Insiden itu berlaku enam kilometer di utara lapangan terbang Coolangatta di Queensland.

Juruterbang Jetstar itu terpaksa mengambil tindakan pantas apabila pesawat AirAsia X itu menceroboh laluan penerbangannya dengan dikemudi pada ketinggian lebih tinggi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Jurucakap Jetstar memberitahu agensi berita NewsCorp bahawa juruterbang pesawat miliknya itu mengambil tindakan pembetulan untuk kembali berada pada jarak yang selamat daripada pesawat AirAsia X berkenaan.

Pesawat Jetstar yang membawa 180 penumpang itu bagaimanapun berjaya mendarat di Gold Coast tanpa sebarang insiden tidak diingini malahan semua penumpang juga dikatakan tidak menyedari kejadian berkenaan berlaku.

Syarikat udara kos rendah terkenal Australia itu berkata, pesawat Airbus A320 tersebut dari lapangan terbang Avalon Geelong dekat Melbourne, Victoria iaitu 1,400 kilometer dari Gold Coast, dekat Brisbane, Queensland.

Sementara itu, AirAsia dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Malaysia memaklumkan bahawa juruterbang D7 206 berkenaan telah mendapat kebenaran untuk berlepas daripada menara kawalan trafik udara Coolangatta.

Kapten pesawat jenis Airbus A330 itu yang sedang dalam penerbangan ke Auckland, New Zealand dari Gold Coast ketika kejadian turut mematuhi segala peraturan ditetapkan oleh pihak ATSB. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AirAsiaAustraliaJetstar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd