• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkampungan Kecil Dihuni 39 Pasangan Kembar

oleh AK-47
12/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH perkampungan yang terletak tidak jauh dari wilayah Chongqing, China mendapat jolokan perkampungan kembar kerana majoriti penduduknya terdiri daripada pasangan kembar.

Perkampungan Qinyang memiliki 39 pasangan kembar daripada 367 keluarga yang mendiami perkampungan itu. Tambah menarik lagi, pasangan kembar yang tertua mendiami desa berkenaan berusia 89 tahun.

Perkampungan Kecil Dihuni 39 Pasangan Kembar

Perkampungan Kecil Dihuni 39 Pasangan Kembar

Bagaimanapun, ‘fenomena’ seperti ini bukan sahaja berlaku di Qinyang tetapi ia turut berlaku di wilayah Hubei dan Bashang yang diliputi oleh kawasan pergunungan.

Daripada 50 buah keluarga yang menghuni kampung kecil itu, terdapat 16 pasangan anak kembar. Angka kelahiran bayi kembar ini bahkan 12 kali lebih besar berbanding tempat lain di dunia lapor Chutian Metropolis Daily.

Menurut kepercayaan penduduk Bashang, ‘fenomena’ kembar yang berlaku di perkampungan itu berpunca daripada air telaga yang diminum oleh kaum wanita yang menjadikan mereka terlebih subur.

Daripada 16 pasangan kembar di desa Banshang, sembilan pasangan adalah kembar perempuan, empat kembar lelaki dan bakinya kembar berlainan jenis jantina.

Perkampungan Kecil Dihuni 39 Pasangan Kembar

Perkampungan Kecil Dihuni 39 Pasangan Kembar

Perkampungan Kecil Dihuni 39 Pasangan Kembar

Manakala pasangan kembar tertua berusia 51 tahun dan yang paling muda baru berusia lima tahun. Ternyata situasi yang dihadapi mendatangkan ‘masalah’ kepada ibu bapa kembar berkenaan.

“Kami pernah memandikan bayi yang sama dua kali,” kata Chen Mingyuan, yang mempunyai dua kembar perempuan.

Walau bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung beranggapan fenomena yang berlaku itu berkaitan dengan faktor genetik kerana sebahagian mereka berasal dari keluarga Chen, Shen dan Jiang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinakembar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd