• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Pindah Gajah Liar Rosak Kebun Penduduk

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor gajah jantan liar selepas merosakkan tanaman di kebun yang diusahakan penduduk Kampung Dendong, Batu Melintang, di sini.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata operasi pemindahan gajah seberat tiga tan itu ke Taman Negara di Terengganu hari ini, dilakukan dengan bantuan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

“Kami menggunakan dua gajah betina dikenali sebagai Rambai dan Amboi yang bertindak sebagai denak bagi menjinakkan gajah liar tersebut untuk dipindahkan ke Taman Negara,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemindahan gajah tersebut di sini.

Mohammad Khairi berkata lapan anggota Perhilitan dan lapan anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah terlibat dalam operasi selama empat jam bermula 9 pagi itu.

“Pihak kami menerima aduan daripada penduduk di sini mengenai gajah liar yang merosakkan tanaman seperti pisang dan anak pokok getah, pada 7 Julai lepas dan melakukan siasatan dua hari kemudian sebelum memasang perangkap bagi menangkap haiwan tersebut,” katanya.

Mohammad Khairi berkata gajah jantan tersebut berjaya ditangkap pada 10 Julai lepas dalam hutan berdekatan kampung berkenaan.

Pihaknya sudah mengenal pasti terdapat tiga hingga lima ekor lagi gajah liar yang berkeliaran dalam kawasan hutan dan memasuki kampung berkenaan, katanya.

Beliau berkata tiga bulan lepas, pihaknya berjaya menangkap seekor gajah jantan liar di Kampung Salor yang terletak berdekatan Kampung Dendong.

“Kami akan meneruskan operasi memantau dan menangkap baki haiwan tersebut bagi mengelakkan ia merosakkan tanaman yang diusahakan penduduk. – BERNAMA

Tags: gajah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd