• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Euro 2016: Perancis Akhiri ‘Cerita Dongeng’ Iceland

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Perancis ternyata terlalu sukar untuk ditundukkan Iceland yang tewas dengan jaringan besar 5-2 pada pertembungan suku akhir Euro 2016 di Stade De France, awal pagi tadi.

Hakikat itu terpaksa diakui Iceland yang melangkah ke suku akhir dengan menyingkirkan England di peringkat 16 terakhir apabila gawang mereka dirobek sebanyak empat kali pada babak pertama.

Perancis jelas enggan membiarkan kebangkitan Iceland yang memperoleh meledak gol pertama pada babak kedua dengan menambah gol kelima, tiga minit kemudian.

Penyerang Arsenal, Olivier Giroud cemerlang pada perlawanan terbabit dengan menyumbangkan gol pada setiap babak permainan.

Selepas membuka tirai jaringan seawal minit ke-13, Giroud meledak gol kedua peribadinya pada perlawanan itu pada minit ke-59 sebelum dikeluarkan, seminit kemudian.

Tidak mahu mimpi ngeri yang melanda England berulang, Perancis menambah gol kedua menerusi pemain sensasinya, Paul Pogba pada minit ke-20 diikuti gol ketiga Dimitri Payet pada minit ke-43.

Penyerang berbisa Perancis, Antoine Griezmann kemudian menambah gol keempat pada minit ke-45 untuk tuan rumah menuju ke bilik persalinan dengan tenang.

Berbeza dengan aksi separuh masa pertama yang jelas dikuasai Perancis, Iceland berjaya mengimbangi permainan pada babak kedua dengan Kolbeinn Sigthorsson merapatkan kedudukan pada minit ke-58.

Tetapi, Perancis pantas melebarkan kembali jurang kedudukan menerusi jaringan Giroud yang juga gol terakhir tuan rumah pada perlawanan itu.

Ketika permainan hampir ke penghujung, Iceland sekali lagi melakukan kejutan dengan meledak gol kedua menerusi Birkir Bjarnason pada minit ke-84.

Gol itu begitupun sudah terlambat buat Iceland yang mencipta rekod penampilan terbaik sehingga ke suku akhir pada kempen Euro.

Kemenangan itu membolehkan Perancis bertemu juara dunia, Jerman di peringkat separuh akhir, awal pagi Jumaat ini. – Agensi

Tags: Euro 2016
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Terkejut Tengok Phone Anak, Hampir Jadi Mangsa Pedofilia”

Next Post

Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar 10 Pagi Ini

Related Posts

Ferguson Tunggu Ronaldo, Nani Demi Pelukan Hangat

12/07/2016
0

PARIS - Bekas pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson, menjadi salah satu tokoh yang turut gembira dengan kejayaan Portugal...

Kalah Euro 2016, Penyokong Perancis Merusuh

12/07/2016
0

KECEWA dengan kekalahan Perancis di kejohanan bola sepak Euro 2016 baru-baru ini, segelintir penyokong tuan rumah telah mencetuskan keadaan huru-hara...

Next Post

Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar 10 Pagi Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd