• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Felda Dinasihat Terus Jual Hasil Getah Ke PMG

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dinasihatkan agar memastikan hasil getah dihantar ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) Felda bagi membolehkan mereka menikmati insentif yang disediakan kerajaan, terutamanya sewaktu negara berdepan dengan isu kejatuhan harga getah.

Pengurus Besar Felda Wilayah Alor Setar, Abdul Rahman Ahmad berkata terdapat sebanyak 13 tanah rancangan Felda di bawah Wilayah Alor Setar, termasuk tiga di Perlis, dengan penyertaan keseluruhan seramai 4,042 peneroka.

“Kejatuhan harga getah sememangnya membuatkan banyak pihak susah hati, bukan hanya peneroka bahkan Felda sendiri tidak terkecuali, namun peneroka Felda tidak begitu terkesan memandangkan ramai daripadanya terlibat dalam proses tanaman semula pokok getah.

“Bagaimanapun, saya menyarankan agar semasa kejatuhan harga getah ini, bagi tanah rancangan yang masih mengeluarkan hasil, pastikan hasil getah itu dihantar ke PMG Felda kerana kerajaan menyediakan bantuan kepada penoreh menerusi Insentif Produktiviti Getah yang diwujudkan bagi membantu penoreh sewaktu harga getah jatuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sewaktu menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian sumbangan kepada 23 jemaah haji dari Felda Teloi Timur yang bakal berangkat menunaikan haji bermula 4 Ogos ini, di Dewan Semai Bakti Felda Teloi Timur, di sini, malam tadi.

Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah. Hadir sama, Anggota Parlimen Sik Dr Mansor Abd Rahman dan Pengurus Felda Teloi Timur Yaacob Hashim.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, 10 tanah rancangan Felda di Kedah ialah Felda Bukit Tangga, Felda Bukit Tembaga, Felda Lubuk Merbau, Felda Gunung Bongsu, Felda Teloi Timur, Felda Teloi Kanan, Felda Sungai Tiang, Felda Laka Selatan, Felda Batu Lapan dan Felda Guar Napai, manakala tiga di Perlis ialah Felda Rimba Emas, Felda Mata Air dan Felda Chuping.

“Keseluruhan tanah rancangan Felda ini berkeluasan 15,160.56 hektar, yang mana majoritinya melibatkan tanaman getah dan hanya 355.08 hektar sahaja yang terlibat dengan penanaman kelapa sawit iaitu di Felda Lubuk Merbau,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Tajuddin berkata, pemberian Insentif Produktiviti Getah bagi tahun ini di Kedah berjumlah RM882,749.71, melibatkan empat tanah rancangan Felda iaitu Felda Teloi Timur (RM467,315.80), Felda Lubuk Merbau (RM258,535.69), Felda Bukit Tangga (RM148,246.42) dan Felda Teloi Kanan (RM8,651.80).

“Saya difahamkan di Perlis, yang juga termasuk dalam Wilayah Alor Setar, pemberian insentif yang telah diberikan ialah sebanyak RM694,216.09 iaitu melibatkan Felda Chuping, menjadikan keseluruhan Insentif Produktiviti Getah yang telah diterima peneroka Felda Wilayah Alor Setar setakat ini berjumlah RM1,567,965.80,” katanya.

Pada majlis sama, Mohd Tajuddin turut menyerahkan sumbangan kepada 23 warga peneroka Felda Teloi Timur berusia lingkungan 55 hingga 60 tahun, yang terpilih mengerjakan ibadah haji pada musim haji tahun ini, dan menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada lima keluarga warga peneroka Felda Teloi Timur. – BERNAMA

Tags: getahPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya Demi Keluarga

Next Post

Waze Mula Papar Amaran Kelajuan Ketika Memandu

Related Posts

2 Datuk Dalang Dadah Felda

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR - 'Hantu' yang membawa masuk bekalan dadah dan menjadi punca penagihan serius dalam kalangan ribuan peneroka Felda di...

Beruntung Jadi Peneroka Felda

07/04/2021
0

FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474). Sejak itu para peneroka terlibat bersama...

Next Post

Waze Mula Papar Amaran Kelajuan Ketika Memandu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd