• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Berang Wujudkan Akaun FB Aduan Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
05/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Akibat bosan dengan masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan, satu akaun Facebook telah diwujudkan khas oleh penduduk agar keluhan mereka diberi perhatian.

Akaun tersebut di bawah nama ‘Rakyat KEDAH Kecewa Dengan SADA’ iaitu merujuk Syarikat Air Darul Aman diwujudkan setelah banyak kali aduan tentang masalah bekalan air dibuat, tetapi tiada sebarang penyelesaian.

Jika ada pun, dilaporkan bekalan air yang disalurkan hanyalah bersifat sementara dan akan kembali teruk seperti biasa dengan penduduk terpaksa menangung kesusahan tiada bekalan.

Terdapat juga aduan yang mendakwa jika terdapat bekalan sekalipun, air yang dibekalkan adalah kotor dan merbahaya.

Difahamkan, gangguan bekalan air kerap berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebarang notis atau pemberitahuan daripada mana-mana pihak.

Baru-baru ini, laman Facebook tersebut ada memuat naik gambar aduan yang sering diberikan kepada SADA, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

lol

lol2

Seorang pengguna juga mendakwa di kawasan kampung tempat tinggalnya telah mengalami masalah gangguan bekalan air sejak 20 tahun yang lalu tetapi sehingga kini masih tidak mendapat jalan penyelesaian.

Tambahnya, masalah bekalan air akan menjadi lebih teruk menjelang musim perayaan sehingga mengganggu rutin harian dan persiapan perayaan mereka.

Difahamkan, setiap bulan mereka juga terpaksa membayar bil air yang agak tinggi iaitu antara RM20 hingga RM60 sebulan walaupun bekalan air yang mereka peroleh itu tidak mencukupi.

Diharapkan keluhan rakyat itu mendapat perhatian SADA dan kerajaan negeri Kedah supaya pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini daripada terus berulang dan menggangu rutin harian penduduk di negeri berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekalan airKedahSADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd