• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemindahan SJKT Ladang Ke Bandar Selesai 10 Tahun

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari kawasan ladang ke bandar yang dilakukan secara berperingkat dijangka selesai dalam masa lima hingga 10 tahun lagi, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata bagi fasa pertama sekarang, tumpuan diberikan untuk memindahkan 60 SJKT yang mempunyai murid kurang daripada 25 orang ke kawasan bandar yang jumlah muridnya lebih tinggi.

“Selepas fasa pertama, barulah tumpuan diberikan kepada sekolah lain. Pada masa ini, terdapat SJKT di bandar yang mempunyai 2,000 murid sehingga tidak cukup tempat. Pada masa sama pula, ada estet yang tidak ada orang langsung, masih ada sekolah di situ.

“Jadi SJKT yang tidak mempunyai murid di estet terpaksa dipindahkan ke kawasan bandar kerana kini sudah tidak ada penduduk di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu SJKT West Country (Barat) di sini hari ini.

Menurut Dr. Subramaniam, proses pemindahan SJKT adalah seiring dengan perpindahan masyarakat India dari ladang ke kawasan bandar dan bandar baharu.

Katanya, selain pemindahan SJKT dari kawasan ladang ke bandar, mutu pelajaran di SJKT dilihat semakin baik sekarang dengan 70 peratus daripada guru SJKT berkelulusan ijazah.

Mengenai bangunan baharu SJKT West Country (Barat), Dr. Subramaniam berkata, bangunan yang melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM2.98 juta ringgit terdiri daripada sebuah blok tiga tingkat dengan 12 bilik darjah.

“Sekolah ini mempunyai 117 murid dan jumlah berkenaan dijangka bertambah dengan pembangunan pesat kawasan sekitarnya,” katanya.

Mengikut laporan media sebelum ini, kerajaan memperuntukan sebanyak RM740 juta khusus bagi pembangunan, pemulihan serta penyelenggaraan SJKT di seluruh negara sejak 2010.

Kerja menaik taraf SJKT West Country (Barat) merupakan yang pertama dalam siri menaik taraf SJKT.

Sekolah berkenaan yang memulakan operasi sejak 1967 pada awalnya merupakan sekolah Tamil dalam ladang West Country. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamSJKT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johor Lancar Pusat Dokumentasi, Laman Seni Warisan

Next Post

PKR Tak Setuju, Pilihan Raya Awal P.Pinang Tak Jadi

Related Posts

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

10/06/2023
0

Shah Alam : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi tujuan membiayai kerja-kerja membaikpulih...

Pengenalan Tulisan Khat Di SJKC, SJKT Diteruskan

08/08/2019
0

PUTRAJAYA - Jemaah menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan...

Next Post

PKR Tak Setuju, Pilihan Raya Awal P.Pinang Tak Jadi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd