• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Transformasi SPAD Dijangka Dibentangkan

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pelan transformasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata antara isi kandungan pelan tersebut ialah melibatkan perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.

“SPAD ada program tranformasi yang dijangka dibentangkan kepada Kabinet, saya kira dalam tempoh dua minggu ini.

“Dalam pelan tersebut kita bercakap antaranya mengenai Uber dan Grabcar…yang tidak mudah ditangani,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Parlimen Batang Sadong di sini hari ini.

Nancy yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong berkata pelan transfromasi tersebut turut melibatkan input hasil satu bengkel meja bulat yang turut melibatkan wakil persatuan teksi.

“Jadi mari kita lihat apaa yang akan dicadangkan kepada Kabinet nanti,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan terus menjalin bekerjasama erat dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi menentukan hala tuju Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

“Jika bercakap mengenai LPKP pada dasarnya ia melibatkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Mereka mempunyai peraturan berbeza.

“LPKP adalah di bawah kerajaan negeri. Oleh itu ini di mana kita bekerjasama dengan kedua-dua kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nancy ShukriSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd