• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Veteran Zulkifli, Normala Kini Berkerusi Roda

oleh AK-47
28/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar yang dahulunya aktif dalam dunia seni telah mengalami kemerosotan kesihatan hingga kini terpaksa menggunakan kerusi roda.

Zulkifli, 70; dikhabarkan lumpuh tangan dan kaki kiri setelah diserang angin ahmar sejak Januari lalu. Selain itu, bintang ini juga menghidap paru-paru berair dan pernah mendapat serangan jantung pada April lalu.

Manakala isterinya pula, Normala, 58; patah kaki kiri gara-gara terjatuh dari katil bulan lalu.

Pun begitu, pasangan ini bernasib baik kerana mempunyai anak-anak yang sudi bergilir menjaga mereka.

Difahamkan, pasangan itu kini tinggal di rumah anak perempuan mereka, Norzizi Zulkifli.

“Kedua-duanya memerlukan anak di sisi kerana mereka langsung tidak boleh berjalan. Mereka juga masih menjalani rawatan susulan, termasuk fisioterapi.

“Jadi, walaupun bekerja, kami adik-beradik akan tetap menjaga mereka berdua. Kami juga mempunyai jadual giliran memandangkan tahap kesihatan mereka tidak menentu,” kata Norzizi kepada BH Online.

Atas rasa perihatin, baru-baru ini, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez telah berkunjung memberikan sumbangan.

Zulkifli popular menerusi filem Penentuan (1982), Kecil-Kecil Cili Api (1996), Anak Mami Kembali (2005) dan Cicakman (2006).

Sementara Normala pula, pernah membintangi Sesejuk Air Mata Ibu (1981), Serampang Tiga (1981), Kelisa (1992), Cinta Fotokopi (2005) dan Potret Mistik (2005). Selain itu, dia juga pernah membawakan lagu Citra Cinta. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelakon veteran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Peserta Ratu Cantik Ditikam Ibu Ketika Tidur

Next Post

Keganasan: Kerajaan akan Terus Lindungi Rakyat Malaysia

Related Posts

Anak Pelakon Veteran Kena Dakwa

28/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Anak perempuan kepada pelakon wanita veteran yang juga pengusaha produk jamu terkenal bakal didakwa di Mahkamah Majistret...

Pelakon Veteran Mak Jah Masuk Hospital

08/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah dimasukkan ke Hospital Ampang pagi semalam. Difahamkan,...

Next Post

Keganasan: Kerajaan akan Terus Lindungi Rakyat Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd