• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Selangor Mahu Kembali Kepada DAP – Iskandar

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengaku beliau menyokong supaya PAS kembali bekerjasama dengan DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain kerana khuatir Selangor akan jatuh ke tangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau dalam satu kenyataan media petang semalam senada dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa usaha untuk menumbangkan kerajaan adalah lebih penting berbanding tentangan DAP tentang dasar dan akidah Islam.

“Saya menyokong gesaan Tuan Ibrahim agar parti-parti pembangkang menumpukan usaha untuk menumbangkan BN dan bukan bertelagah sesama sendiri.

“Jika suasana hari ini berlarutan kemungkinan besar Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka (BM) pada pilihan raya umum yang akan datang,” akuinya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Iskandar berkata, satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak termasuk prinsip DAP dapat dihormati mesti dicari oleh PAS.

Timbalan Presiden PAS semalam mengejutkan ramai pihak menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS supaya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam diam ‘ mendakwa PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa.

Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.

“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” kata Tuan Ibrahim.

PAS disingkirkan daripada gabungan pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu disebabkan PAS enggan tunduk kepada desakan supaya berkompromi dalam beberapa isu membabitkan akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.

DAP dan PKR kemudian bertindak menubuhkan Pakatan Harapan selepas membubarkan Pakatan Rakyat bagi membentuk gabungan baharu parti pembangkang yang turut dianggotai PAN.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan baharu parti pembangkang yang kini dibawah penguasaan DAP.

Kenyataan Tuan Ibrahim yang membelakangi Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan satu tamparan hebat kepada Abdul Hadi selaku Presiden PAS.

Ia ekoran Abdul Hadi yang sering menjadi bahan cacian dan fitnah para pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan sebelum ini menegaskan bahawa PAS tidak akan mengabaikan akidah Islam semata-mata mahu menumbangkan kerajaan. – Mynewshub.cc

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak P.Ramlee Suruh David Teo Pergi Kubur Bapa

Next Post

Lepas Ola Bola, Luqman Dapat Banyak Watak Komedi

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Lepas Ola Bola, Luqman Dapat Banyak Watak Komedi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd