• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandai Melawak Buat Mark Adam Makin Dikenali

oleh AK-47
09/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUAH nyata menyebelahi penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam yang kini semakin dikenali sebagai seorang pelakon dan juga pelawak.

Tak disangka-sangka jejaka yang nampak pendiam ini ada bakat berlawak juga ya.

Menurut Mark, dia memang suka buat orang lain ketawa selain suka berlakon di depan cermin namun sama sekali tidak menyangkakan lawaknya disukai penonton dari pelbagai lapisan usia.

“Dulu saya suka buat lawak, buat orang ketawa dan berlakon depan cermin. Tak sangka ramai orang boleh terima lakonan saya. Saya bertuahlah.

“Kalau saya cakap, orang gelak, dan saya tak kisah buat orang gelak,” katanya ketika ditemui Mynewshub, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai sambutan Aidilfitri kali ini, Mark berkata seperti biasa dia akan berkunjung ke rumah mertuanya yang terletak di Batu Caves, Selangor.

Walaupun mendapat tawaran untuk memeriahkan program malam raya, namun Mark enggan menerimanya kerana ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga sebelah isterinya.

“Saya beraya di rumah mertua di Batu Caves. Tahun ini agak sibuk sebab saya dah ada banyak jemputan untuk program raya. Kalau boleh malam raya dan raya pertama saya tak nak terima undangan kerja sebab nak luangkan masa dengan isteri dan keluarga,” katanya.

Mengenai peruntukan wang raya, Mark berkata, “Sebab saya dapat rezeki banyak, bolehlah bagi banyak juga (buat peminat cilik).”

Untuk sambutan raya kali ini, Mark Adam atau nama lengkapnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 32, bakal muncul dengan sebuah telefilem yang mengisahkan kisah benar mengenai kehidupannya sejak merantau ke bumi Malaysia, beberapa tahun lepas.

Telefilem berjudul Mark Dan Anna yang diterbitkan Suhan Movies itu turut dibintangi Ozlynwaty dan Shuib Sepahtu dan ia bakal ditayangkan pada hari raya ketiga ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispenyanyirayaselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd