• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Nenek Beri Cucu Main Paku

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NANCHANG (China) – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia menelan sebatang paku yang diberikan neneknya untuk bermain.

Wanita berkenaan memberikan cucunya sebatang paku sepanjang lima sentimeter kerana menyangka objek itu terlalu panjang untuk ditelan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu pada mulanya dilihat memegang paku itu tetapi beberapa minit kemudian objek berkenaan didapati hilang.

Wanita itu panik kerana mengesyaki cucunya sudah menelan paku berkenaan dan terus membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Doktor yang membuat imbasan X-ray mendapati paku berkenaan berada di perut kanak-kanak itu.

Namun, hospital itu tiada kelengkapan untuk mengeluarkan paku berkenaan dan terpaksa menghantar kanak-kanak itu ke sebuah hospital di Guangdong.

Apabila keluarga kanak-kanak itu tiba di hospital Guangdong pada keesokan harinya, doktor mendapati paku itu sudah berubah kedudukan.

Paku itu kini berada terlalu dalam untuk doktor mengeluarkannya dengan menggunakan kaedah endoskopi.

Doktor yang tiada pilihan terpaksa membuat satu pembedahan yang berlangsung selama sejam untuk mengeluarkan paku itu.

Kata doktor, kanak-kanak itu bernasib baik kerana paku itu tidak mencederakan perut dan ususnya.

Kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital selepas beberapa hari. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakpembedahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd